Friday, December 21, 2012

Slot USRATI di IKIM -Ubat hati penawar jiwa-

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setiap hari Jumaat saya cuba memberi masa kepada diri untuk sama-sama mendengar slot kegemaran saya di IKIM iaitu Slot Usrati bersama dengan Ustazah Norhafizah Musa. Bukan saya tidak mendengar slot yang lain tetapi tetapi slot ini sangat dekat pada diri saya yang serba kekurangan untuk menjadi yang terbaik kepada seorang suami, anak, ibu bapa dan orang disekeliling kita. Bagaimana kita mahu mendidik anak-anak kita yang kita harapkan sebagai seorang yang soleh andaikata kita dirumah sewaktu mereka kecil kita didik dengan kasar, acuh tidak acuh, makanan tidak menentu, solat juga kita lewat, pakaian kita tidak sempurna???

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membesarkan anak-anak tanpa pengasuh atau orang lain yang menjaga. Tipu kalau saya kata tidak penat, tetapi saya percaya setiap perkara sebesar biji sawi akan tetap dibalas Allah sama ada dengan kebaikan atau keburukan. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bayi bukan dilahirkan terus pandai. Semuanya berlaku melalui proses pembelajaran. Banyak yang saya dapat daripada slot ini. Jadi saya ingin kongsikan slot kali ini yang mana sambungan daripada slot minggu lepas di bawah tajuk :-

10 penawar segera buat hati, penawar jiwa

1. Bangun disaat menjelang fajar untuk beristighfar kepada Allah - walaupun kita tak sempat nak bangun qiamullail namun usaha juga untuk bangun mungkin 5 minit sebelum subuh untuk meminta keampunan daripada Allah atas apa jua yang telah kita lakukan.

2. Beri sedikit masa harian untuk bertafakur kepada Allah -  mungkin selepas maghrib untuk kita muhasabah diri kita.

3. Menjalin hubungan dengan orang soleh - menjadi penawar yang sangat baik. Walaupun kita kadang-kadang tidak kenal dengan Ulama' tersebut tetapi bila pandang mukanya, sejuk rasa hati. Begitu juga kita boleh lihat telefon kita ada tak nombor telefon mereka (ustaz/ustazah)? mungkin yang banyak nombor telefon Kak Timah kuih tat ke, kak itu tupperware ke? Semuanya benda dunia. (SANGAT TERKENA PADA DIRI)

4. Sehelai muka surat Al Quran sehari untuk kita bertadabbur - Jika tak boleh sehelai, 2 ayat pun boleh sudah cukup. Ingat, bukan membaca sahaja tetapi memahami makna setiap bait ayat.

-akan bersambung-


Ku ingin menjadi bunga yang cantik di pandang, wangi ketika dicium, indah ketika suram....
 

No comments:

Post a Comment