Thursday, October 4, 2012

Blueberry Choc Chip Muffins

Assalamualaikum...

Semalam saya buatkan muffins untuk makan pagi anak-anak. Seperti ibu-ibu yang lain, setiap hari saya akan cuba fikir apa yang anak saya nak makan kerana kalau menu yang sama setiap hari, sudah tentu mereka bosan. Tambahan pula jika anak-anak picky dalam memilih makanan. Saya ingat nak buat pancake, tetapi bila saya lihat menu suggestion, ada juga muffins.

Saya teringat pie maker saya boleh juga buat muffins. Bukannya nak makan banyak sangat. Cukup untuk anak-anak nak sarapan sahaja. Saya keluarkan pie maker saya yang memang lama tak bukak. Saya ambil resepi ini dari buku resepi yang disediakan untuk pie maker. Alhamdulillah , anak-anak suka makan cuma tak habis.



Blueberry Choc Chip Muffins

Pie Maker yang jarang digunakan

Bahan-bahan :-

1 cup self-raising flour
1/2 cup caster sugar (boleh kurangkan)
60g choc bits
1 egg, lightly beaten
1/4 cup oil
1/3 milk
100gm blueberries (fresh, frozen or drained canned bluberries are suitable)


1. Place flour, sugar, choc bits in abowl. Mix well.
2. Mix together egg, oil and milk. Stir into flour mixture.
3. Add blueberries, stir until combined.
4. Place a double layer of muffin cases into the Pie Maker. Spoon 1/4 cup of the mixture into the preheated pie maker and cook until golden brown.

Saya tak baca arahan betul-betul sebelum ini, jadi saya letak baking paper atas acuan dan letak bancuhan. Hasilnya bentuk cantik, cuma saya letak banyak maka di dalamnya kurang masak. Saya baca arahan balik, baru letak paper cup.


Saya kurangkan 5gm

Bancuhan susu, telur dan minyak

Adunan setelah dicampur 

Saya gunakan paper cup

Saya suka tektur yang ini

Ahmad Zaki makan banyak :)


No comments:

Post a Comment