Friday, August 24, 2012

Rindu pada semua terutama anak-anak...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah 3 malam kami di Bonn. Biarpun berjauhan, hati saya tetap di kampung halaman. Rindu suasana raya bersama keluarga kerana masa itu berlalu terlalu cepat. Hari pertama saya sampai di sini, rasa macam nak balik sahaja. Tak puas lagi beraya bersama ibu, ayah dan adik-adik. Rindu saya juga pada anak-anak. Setiap hari saya telefon ibu bertanyakan khabar anak-anak. Malam tadi saya telefon jam 12.35 malam waktu di Bonn, Ahmad Zaki dah bangun tidur (jam 6.35 pagi waktu Malaysia). Ahmad Zaki memang   saya tahu dia tidur dan bangun awal. Ayah saya kata Ahmad Harraz kuat makan dah. Sebelum-sebelum ini seleranya kurang, bercakap pun kurang, tidak seperti Harraz di Perth. Mungkin sebab kurang sihat, sedih dan sebagainya. Alhamdulillah Harraz ada Pak Lang (Muhsin, adik ipar saya yang ketiga) yang rajin melayannya ke sana ke mari.

Antara lain yang saya rindu sudah tentulah masakan di rumah. Hari kedua sempat juga tolong ibu buat rumah yang terbuka. Bukan ada jemputan rasmi. Saja masak siap-siap, jika ada tetamu datang takde lah kelam-kabut nanti. Antara menunya ialah nasi putih, gulai lemak cili api perut (bapa saudara saya buat memang sedap sangat!), kuah kacang dan nasi himpit ibu, gulai masak lemak labu yang ibu ayah tanam, daging masak kicap ibu, siakap tiga rasa (kuah saya buat cuma bahan kurang - tak jadi sangat), gulai tempoyak ibu dan kuih-muih serta tak lupa juga kek lapis cadbury yang mak saudara saya buat memang memukau! huhu... Alhamdulillah semuanya siap just in time, By tengahari memang boleh makan. Semuanya bergotong royong bersama. Adik-adik serta adik-adik ipar saya rajin-rajin :) Apa yang sedih, tak sempat nak ambil gambar semua tu. huhu...

InsyaAllah next raya saya letak gambar sebagai memory.....


Harraz dan Abi

Ummi dan anak-anak dalam flight ke KL

No comments:

Post a Comment