Sunday, July 15, 2012

Pre Ramadhan Shopping Expo

Assalamualaikum...


Sebelum kami bertolak ke zoo, kami singgah dahulu di Cannington Exhibition Centre. Expo ini berlangsung selama 3 hari ini bermula Jumaat yang lalu. Saya berhajat sangat untuk pergi setelah mengetahuinya daripada Adik Syazleen Razak aka Alin. Rasanya ini kali pertama kami pergi bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkahan ini. Alhamdulillah banyak bahan bacaan yang boleh dibeli termasuk juga bahan bacaan untuk kanak-kanak. Kebetulan pula kami memang sedang mencari bahan-bahan bacaan Islamik untuk Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah selepas ini ummi dan abi kena rajin bacakan untuk anak-anak :) Mari kita lihat gambar!

Sebahagian daripada bahan bacaan untuk kanak-kanak

Bahan bacaan untuk kanak-kanak

Beli dan gantung

Pelbagai jenis buku ada 

Bedtime Story

Little book for little hand :)

Pakaian untuk muslimah

Pakaian untuk muslimin

Kitab-kitab

Mari membaca!

Buku dan CD yang sempat dibeli

2 comments:

  1. Assalamualaikum Najwa,
    laa tak tahu pulak ada expo ni. kalau tak, teringin juga nak pergi :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Kak umi,
    Najwa pun tahu dari adik-adik ugrad yang pergi dan letak kat fb. Tapi kalau akak nak pi tengok buku-buku ke, boleh je pi kedai kitab kat langford ke thornlie (najwa lupa kat mana)...

    ReplyDelete