Friday, January 6, 2012

Berjalan ke Southern Perth (Part 1)


Assalamualaikum...


Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Perth iaitu pada 16 Mac 2008 (Harraz genap 2 bulan pada tarikh tersebut), apa yang saya fikirkan ialah - Perth tidak sama apa yang saya bayangkan. Buat pengetahuan kalian suami saya bertolak 2 bulan lebih awal kerana keadaan saya yang masih lagi dalam pantang dan suami saya kira biarlah dia mencari rumah, kereta serta banyak urusan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah seminggu sebelum kami sampai rumah dan kereta sudah ada. Sepanjang perjalanan ke rumah, saya lihat pemandangannya lebih kurang macam gurun pula. Hari yang terik, berpasir dan banyak pula burung gagak. Saya banyangkan  rumput yang menghijau, sejuk, perumahan yang luas dan macam-macam yang indah sahaja. Apa yang penting, saya kena ubah paradigma saya, perlu untuk menyesuaikan diri untuk tempoh beberapa tahun.


Australia terletak di Hemisfera Selatan merupakan negara yang ke-6 terbesar by land area. Ia mempunyai 8 states iaitu Western Australia, Tasmania, Victoria, Northern Territory, South Australia, Queensland, Australian Capital Territory dan New South Wales. Bandar Perth merupakan bandar yang isolated sedikit berbanding bandar-bandar yang lain kerana jarak yang agak jauh. Jika anda berada di Perth, banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Selain daripada itu, kalian juga boleh "keluar" sedikit dari Perth samaada ke utara atau ke selatan. InsyaAllah pasti tidak menghampakan! Saya ingin membawa kalian ke beberapa tempat yang pernah saya lawati sepanjang saya berada di sini.


Peta Australia



Tidak lengkap percutian sekiranya kalian tidak pergi ke Albany yang terletak kira-kira 480km di selatan Perth. Sepanjang perjalanan ke Albany banyak tempat yang boleh kalian singgah samaada untuk sementara atau bermalam. Kebiasaannya, untuk menghayati percutian tersebut disarankan pergi selama 3 hari 2 malam. Semalam di Albany dan semalam lagi di Margaret River. Saya mulakan dahulu tempat yang kalian akan lalui daripada mula perjalanan sehingga sampai ke Albany.

Mandurah
Persekitaran yang cantik yang mana dikatakan water-based lifestyle. Boleh dikatakan banyak rumah-rumah di sini mempunyai jeti sendiri. Jika ada jeti, sudah tentu ada bot. Tidak hairanlah jika Mandurah merupakan salah satu tempat yang mahal ratenya untuk didiami. Kalian boleh berjalan sekitar Mandurah Terrace dan  jika pada musim panas kalian boleh pergi crabbing di beberapa tempat sekitar Mandurah. Kebiasaannya kami crabbing di bawah jeti menggunakan sangkar bersama kawan-kawan yang lain. Selain itu, kalian boleh ke Abingdon Miniature Village-semua bangunan kecil-kecil.


Mandurah Terrace

Crabbing di bawah jeti

Antara ketam yang ditangkap

Ibu, Ayah dan Nizam di Abingdon Miniature Village

The Maze, Abingdon Miniature Village

Busselton
Kalian boleh ke Busselton Jetty - jeti terpanjang di Southern Hemisphere iaitu sepanjang 1.8 km. Kalian boleh berjalan kaki atau dengan membeli tiket menaiki perkhidmatan keretapi yang disediakan. Perkhidmatan keretapi akan tergendala jika keadaan cuaca yang tidak menentu seperti angin yang kuat. Di penghujung jeti terdapat Underwater Observatory yang boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa sedalam 8 meter. Cumanya saya memang tak pernah sampai lagi ke hujung jeti apatah lagi masuk Underwater Observatory .



Busselton Jetty

Perkhidmatan keretapi yang disediakan


InsyaAllah Akan Bersambung.....


1 comment:

  1. thanks kak najwa.dpt ubat kerinduan pada perth.=)
    rasa nak buat entry psl ni jugak la.hehe

    ReplyDelete